Bahagian upload ke SMIS yang biasanya ambil 2 jam, sekarang 5 minit. Excel sendiri masih perlu disediakan, tapi extension boleh jana template auto dengan dropdown.
Percuma untuk 15 peserta. Tiada pendaftaran, tiada kad kredit.
Bezanya Jelas
Excel sendiri masih perlu disediakan, tapi bahagian klik-klik di SMIS yang biasanya makan masa anda — sekarang cuma upload sekali.
Ciri-Ciri
Bukan satu lagi tool dengan ciri-ciri panjang. Hanya jimatkan masa di tempat yang paling sakit.
OCR padan IC dengan peserta, potong gambar 4:3, tambah palang watermark, upload pukal — semua dalam satu halaman dengan resume kalau halaman terputup.
Tak perlu taip Kaum, Tahun, atau Kategori semula. Excel dijana terus dari tetapan kejohanan anda — Acara dan Kategori jadi dropdown auto.
Tiada salah copy-paste, tiada IC tertinggal. Sistem tambah peserta, isi semua maklumat, dan tetapkan acara — satu operasi untuk seluruh senarai.
Gambar, IC, dan surat pengesahan padan dengan peserta yang betul — extension baca nama fail, tak salah orang.
Bukan satu-satu klik. Download borang pendaftaran rasmi PDF untuk seluruh pasukan dalam satu pergi.
Sedia Dokumen
Halaman penuh khas untuk batch besar. OCR baca IC dari fail, padan dengan peserta yang betul, semua dalam satu skrin.
Cara Guna
Dari mula hingga selesai, jauh lebih pantas dari cara manual.
Buka SMIS, log masuk, klik ikon SMIS Helper, klik "Jana template". Excel dimuat turun dengan dropdown Acara, Tahun, dan Kaum.
Isi senarai peserta dalam Excel. Pilih Acara dari dropdown. Boleh isi di Google Sheets secara berkumpulan kalau mahu.
Muat naik Excel ke Extension. Pilih Negeri dan PPD. Klik "Tambah + Kemaskini". Sistem akan tambah peserta, isi maklumat, dan tetapkan acara satu-satu.
Padankan gambar dan dokumen dengan peserta. Untuk batch besar, buka Sedia Dokumen: OCR padan IC, potong saiz, palang watermark, semua dalam satu halaman.
Tahun lepas, saya jaga pendaftaran sukan untuk pasukan sekolah. Hadap SMIS sampai pukul 12 malam — taip 24 IC, padan acara, upload gambar satu-satu. Hari Isnin lemah.
Lepas habis, saya bina extension ini untuk diri sendiri. Sekarang bahagian SMIS yang dulu makan 2 jam, selesai dalam 5 minit. Saya kongsi dengan guru lain di Malaysia supaya tidak lagi ada guru yang tidur lewat sebab SMIS.
Harga
Tiada langganan, tiada yuran bulanan. Bayar sekali, guna selama-lamanya.
FAQ
Semua yang anda perlu tahu sebelum bermula.
Klik pautan "Pasang dari Chrome Web Store" di bahagian harga. Anda akan dibawa ke kedai rasmi Chrome — klik Add to Chrome dan sahkan. Ikon SMIS Helper akan muncul di sebelah kanan atas pelayar (sebelah bar alamat). Pasang sekali sahaja, kemudian guna pada bila-bila masa.
Nota: Extension hanya berfungsi pada komputer (Chrome / Edge / Brave / Opera). Tidak boleh digunakan pada telefon atau Safari.
Ya. Extension hanya berinteraksi dengan smis.events untuk tujuan pendaftaran. Tiada data peserta disimpan di pelayan lain. Tiada penjejak, tiada analitik, tiada perkongsian dengan pihak ketiga. Baca dasar privasi penuh.
Ya. Extension menyokong semua sukan dalam SMIS: olahraga, sukan tahunan, merentas desa, bola keranjang, badminton, dan lain-lain.
Selepas pembayaran berjaya melalui FPX, halaman penyelesaian akan memaparkan kunci lesen secara automatik. Salin kunci dan masukkan dalam popup Extension untuk mengaktifkan Pro. Sekiranya proses lambat, kunci juga akan dihantar ke emel yang anda berikan.
Kunci anda kekal sah selama-lamanya. Hubungi kami melalui Telegram atau emel untuk reset kunci ke peranti baharu. Tiada kos tambahan.
Chrome, Edge, Brave, dan Opera (semua pelayar berasaskan Chromium). Belum menyokong Firefox atau Safari.
Sokongan
Saya balas peribadi dalam 24 jam. Tiada chatbot, tiada tiket nombor.