Daftar 24 peserta
dalam 5 minit.
Bahagian upload ke SMIS yang biasanya ambil 2 jam, sekarang 5 minit. Excel sendiri masih perlu disediakan, tapi extension boleh jana template auto dengan dropdown.
Percuma untuk 15 peserta. Tiada pendaftaran, tiada kad kredit.
Bezanya Jelas
Bahagian upload ke SMIS:
2 jam
→
5 minit
Excel sendiri masih perlu disediakan, tapi bahagian klik-klik di SMIS yang biasanya makan masa anda, sekarang cuma upload sekali.
Ciri-Ciri
Hilangkan kerja paling lambat
Bukan satu lagi tool dengan ciri-ciri panjang. Hanya jimatkan masa di tempat yang paling sakit.
Sedia Dokumen, halaman penuh
OCR padan IC dengan peserta, potong gambar 4:3, tambah palang watermark, upload pukal, semua dalam satu halaman dengan resume kalau halaman terputus.
Template auto dropdown
Tak perlu taip Kaum, Tahun, atau Kategori semula. Excel dijana terus dari tetapan kejohanan anda, Acara dan Kategori jadi dropdown auto.
20 peserta sekaligus
Tiada salah copy-paste, tiada IC tertinggal. Sistem tambah peserta, isi semua maklumat, dan tetapkan acara, satu operasi untuk seluruh senarai.
Auto match nama dengan IC
Gambar, IC, dan surat pengesahan padan dengan peserta yang betul, extension baca nama fail, tak salah orang.
Cetak M01/R01 pukal
Bukan satu-satu klik. Download borang pendaftaran rasmi PDF untuk seluruh pasukan sekali gus.
Sedia Dokumen
Padan, potong, palang, upload pukal
Halaman penuh khas untuk batch besar. OCR baca IC dari fail, padan dengan peserta yang betul, semua dalam satu skrin.
SUKAN
SUKAN
SUKAN
SUKAN
Cara Guna
Empat langkah mudah
Dari mula hingga selesai, jauh lebih pantas dari cara manual.
Jana template
Buka SMIS, log masuk, klik ikon SMIS Helper, klik "Jana template". Excel dimuat turun dengan dropdown Acara, Tahun, dan Kaum.
Isi data peserta
Isi senarai peserta dalam Excel. Pilih Acara dari dropdown. Boleh isi di Google Sheets secara berkumpulan kalau mahu.
Upload dan proses
Muat naik Excel ke Extension. Pilih Negeri dan PPD. Klik "Tambah + Kemaskini". Sistem akan tambah peserta, isi maklumat, dan tetapkan acara satu-satu.
Sediakan dokumen
Padankan gambar dan dokumen dengan peserta. Untuk batch besar, buka Sedia Dokumen: OCR padan IC, potong saiz, palang watermark, semua dalam satu halaman.
Tahun lepas, saya jaga pendaftaran sukan untuk pasukan sekolah. Hadap SMIS sampai pukul 12 malam, taip 24 IC, padan acara, upload gambar satu-satu. Hari Isnin lemah.
Lepas habis, saya bina extension ini untuk diri sendiri. Sekarang bahagian SMIS yang dulu makan 2 jam, selesai dalam 5 minit. Saya kongsi dengan guru lain di Malaysia supaya tidak lagi ada guru yang tidur lewat sebab SMIS.
Harga
Sekali bayar. Selagi SMIS aktif.
Tiada langganan, tiada yuran bulanan. Bayar sekali, guna selama-lamanya.
- Jana template tanpa had
- 15 peserta
- 15 upload foto/dokumen
- 15 download M01/R01
- Semua ciri Percuma
- Peserta tanpa had
- Upload tanpa had
- Download tanpa had
- Sedia Dokumen (OCR + crop pukal)
- Sokongan Telegram (Group Pro eksklusif)
FAQ
Soalan lazim
Semua yang anda perlu tahu sebelum bermula.
Klik pautan "Pasang dari Chrome Web Store" di bahagian harga. Anda akan dibawa ke kedai rasmi Chrome, klik Add to Chrome dan sahkan. Ikon SMIS Helper akan muncul di sebelah kanan atas pelayar (sebelah bar alamat). Pasang sekali sahaja, kemudian guna pada bila-bila masa.
Nota: Extension hanya berfungsi pada komputer (Chrome / Edge / Brave / Opera). Tidak boleh digunakan pada telefon atau Safari.
Ya. Extension hanya berinteraksi dengan smis.events untuk tujuan pendaftaran. Tiada data peserta disimpan di pelayan lain. Tiada penjejak, tiada analitik, dan data peserta tidak dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga. Baca dasar privasi penuh.
Ya. Extension menyokong hampir semua sukan dalam SMIS (~96%): olahraga, sukan tahunan, merentas desa, bola keranjang, badminton, dan lain-lain.
Selepas pembayaran berjaya melalui FPX, halaman penyelesaian akan memaparkan kunci lesen secara automatik. Salin kunci dan masukkan dalam popup Extension untuk mengaktifkan Pro. Sekiranya proses lambat, kunci juga akan dihantar ke emel yang anda berikan.
Kunci anda kekal sah selama-lamanya. Hubungi kami melalui Telegram atau emel untuk reset kunci ke peranti baharu. Tiada kos tambahan.
Chrome, Edge, Brave, dan Opera (semua pelayar berasaskan Chromium). Belum menyokong Firefox atau Safari.
Sokongan
Ada soalan? Telegram saya terus.
Saya balas peribadi dalam 24 jam. Tiada chatbot, tiada tiket nombor.