Dasar Privasi / Privacy Policy
Kemaskini terakhir: 10 Jun 2026
1. Pengenalan
SMIS Helper ("Extension") ialah Chrome Extension yang membantu guru mendaftarkan peserta sukan ke dalam sistem SMIS (smis.events). Dasar privasi ini menerangkan bagaimana Extension mengendalikan data anda.
2. Data Yang Dikumpul
Extension mengumpul dan memproses data berikut:
- Data peserta dari Excel: Nama, No. KP, jantina, tahun, kaum, acara, dan maklumat lain yang diisi oleh guru dalam template Excel. Data ini diproses secara tempatan dalam pelayar dan dihantar terus ke smis.events.
- Maklumat sekolah: Kod sekolah, nama, alamat. Diambil dari API smis.events.
- Kunci lesen: Kunci lesen Pro dan ID peranti (dijana secara rawak). Disimpan di pelayan kami untuk pengesahan lesen.
- Tetapan Extension: Pilihan Negeri/PPD, status data. Disimpan dalam chrome.storage.local pada peranti anda.
- Laporan ralat (pilihan sahaja): Jika guru klik "Lapor Ralat kepada Cikgu Davin", Extension menghantar log teknikal yang telah ditapis (nama peserta digantikan dengan "Peserta #N", No. KP disembunyikan), versi Extension, jenis pelayar (user agent), nama kejohanan, langkah yang gagal, dan nota pilihan yang ditulis guru. Hanya dihantar apabila guru memilih untuk menghantarnya.
- Maklumat pembelian (jika membeli Pro): Nama, emel dan nombor telefon yang diisi semasa pembelian. Disimpan di pelayan kami bersama rekod pesanan, dan diproses oleh ToyyibPay untuk pembayaran FPX.
3. Data Yang TIDAK Dikumpul
- Kami tidak mengumpul data peribadi guru semasa penggunaan biasa Extension. Nama, emel dan telefon hanya dikumpul jika guru membeli Pro (untuk pemprosesan bayaran dan penghantaran kunci lesen) atau menghubungi kami secara sukarela.
- Kami tidak menyimpan data peserta (nama, IC, gambar, dokumen) di mana-mana pelayan selain smis.events.
- Kami tidak menggunakan cookies penjejak atau analitik.
- Kami tidak menjual sebarang data. Data tidak dikongsi dengan pihak ketiga kecuali pemproses perkhidmatan yang disenaraikan di Seksyen 4 (ToyyibPay untuk pembayaran, Resend untuk emel kunci lesen, Telegram untuk notifikasi laporan ralat kepada pembangun) — setakat yang perlu sahaja.
4. Ke Mana Data Dihantar
- smis.events — Data peserta dihantar ke SMIS melalui API rasmi mereka. Extension bertindak sebagai perantara antara guru dan SMIS.
- davinhub-api.davin-making.workers.dev — Untuk pengesahan kunci lesen (kunci + ID peranti) dan pemprosesan pembayaran. Tiada data peserta (nama, IC, gambar, dokumen) dihantar ke pelayan ini.
- ToyyibPay — Pembelian Pro dibayar melalui ToyyibPay (FPX). Nama, emel dan telefon pembeli diproses oleh ToyyibPay mengikut dasar privasi mereka.
- Resend — Selepas pembayaran berjaya, kunci lesen dihantar ke emel pembeli melalui perkhidmatan emel Resend.
- Telegram — Laporan ralat yang dihantar guru turut mencetuskan satu notifikasi kepada pembangun melalui Telegram (kandungan sama dengan laporan yang ditapis; tiada data tambahan).
- Lapor Ralat (pilihan, ke davinhub-api): Jika guru klik "Lapor Ralat", log teknikal yang telah ditapis daripada maklumat peribadi (nama → "Peserta #N", No. KP disembunyikan), versi Extension, user agent, nama kejohanan dan nota guru dihantar ke pelayan kami (disimpan dalam pangkalan data D1) dan satu pemberitahuan dihantar kepada pembangun melalui Telegram — semata-mata untuk membantu pembangun membaiki ralat. Guru melihat kandungan penuh sebelum menghantar, dan tiada apa-apa dihantar melainkan guru memilih untuk menghantarnya.
5. Penyimpanan Data
- Data peserta disimpan sementara dalam chrome.storage.local (peranti guru) selama 2 jam, kemudian dikosongkan secara automatik.
- Kunci lesen disimpan dalam chrome.storage.local sehingga guru memadam Extension.
- Sedia Dokumen (v2.1): Halaman penuh untuk sediakan gambar dan dokumen pukal menggunakan IndexedDB pelayar untuk simpan sesi (gambar, PDF, tetapan palang) supaya guru boleh sambung kerja selepas tutup tab. Data ini kekal sepenuhnya pada peranti guru, tidak dihantar ke mana-mana pelayan. Sesi yang tidak diakses selama 7 hari akan dipadam automatik.
- Di pelayan kami, kami menyimpan: kunci lesen, ID peranti, tarikh pengaktifan, dan (untuk pembeli Pro) rekod pesanan berserta nama, emel dan telefon pembeli. Tiada data peserta disimpan.
6. Kebenaran Extension
Extension memerlukan kebenaran berikut:
- activeTab, scripting: Untuk mengesan dan berinteraksi dengan halaman smis.events bagi membaca data peserta dan menghantar borang.
- storage: Untuk menyimpan tetapan pengguna, data sementara peserta (2 jam TTL), dan status lesen.
- tabs: Untuk mencari tab SMIS yang aktif, mengesan nama kejohanan, dan memuat semula halaman selepas operasi selesai.
- debugger: Untuk menjana PDF borang M01/R01 melalui Page.printToPDF. Hanya digunakan pada tab tersembunyi yang dicipta oleh Extension, bukan tab pengguna.
- downloads: Untuk memuat turun fail PDF (M01/R01) dan fail HTML ke folder Muat Turun pengguna.
- host_permissions (smis.events): Untuk mengakses halaman dan API SMIS. Juga mengakses pelayan lesen (Cloudflare Workers) untuk pengesahan kunci sahaja.
7. Keselamatan
Semua komunikasi dengan smis.events dan pelayan lesen menggunakan HTTPS. Tiada data disimpan dalam bentuk teks biasa di pelayan kami.
8. Hak Pengguna
Anda boleh pada bila-bila masa:
- Memadam Extension dan semua data tempatan akan dikosongkan.
- Menghubungi kami untuk memadam rekod lesen anda.
9. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan mengenai dasar privasi ini:
Cikgu Davin
Emel: [email protected]
Web: davinhub.com
10. Perubahan Dasar
Dasar privasi ini mungkin dikemaskini dari semasa ke semasa. Perubahan akan diumumkan melalui kemaskini Extension.