Panduan Pengguna

Panduan SMIS Helper

Tutorial lengkap dari pemasangan ke Sedia Dokumen. Setiap langkah dengan screenshot dan tip, sesuai untuk guru yang baharu menggunakan extension ini.

Pengenalan

Apa itu SMIS Helper, masalah yang diselesaikan, dan apa anda akan belajar dalam panduan ini.

1

Mengapa SMIS Helper

2 jam jadi 5 minit

Pendaftaran setiap kejohanan SMIS biasanya makan 2 sampai 3 jam:

  • Daftar setiap peserta satu-satu
  • Isi 10+ medan setiap orang
  • Tetapkan acara, kategori, kelas
  • Upload gambar, IC, sahsiah satu fail per peserta
  • Muat turun M01/R01 berasingan

SMIS Helper menyelesaikan semua dalam satu klik.

Pemasangan

Sekali sahaja. Selepas dipasang, ikon SMIS Helper akan kekal di toolbar Chrome anda.

1

Buka halaman extension

Pergi ke Chrome Web Store

Buka smis.davinhub.com, kemudian klik butang Pasang Percuma di Chrome. Halaman SMIS Helper di Chrome Web Store akan terbuka secara automatik.

Atau, klik pautan ini terus: Buka SMIS Helper di Chrome Web Store ↗

Laman utama smis.davinhub.com dengan butang Pasang Percuma di Chrome diserlahkan
Hanya berfungsi pada komputer dengan pelayar berasaskan Chromium (Chrome, Edge, Brave, Opera). Tidak boleh digunakan pada telefon atau Safari.
2

Tambah ke Chrome

Klik "Add to Chrome" dan sahkan

Di halaman SMIS Helper, klik butang biru Add to Chrome di sebelah kanan atas.

Satu dialog pengesahan akan muncul. Klik Add extension untuk siapkan pemasangan.

Halaman Chrome Web Store SMIS Helper dengan butang Add to Chrome dan dialog Add extension
3

Pinkan ikon

Pinkan SMIS Helper di toolbar

Klik ikon 🧩 puzzle di kanan atas Chrome untuk buka senarai extension.

Cari SMIS Helper dalam senarai, kemudian klik ikon 📌 pin di sebelahnya.

Selepas dipinkan, ikon SMIS Helper akan muncul terus di toolbar, anda boleh klik bila-bila masa untuk buka popup.

Senarai extension Chrome dengan ikon pin dan SMIS Helper di toolbar
Pemasangan selesai. Anda boleh teruskan ke Bahagian 3, Aliran Asas Popup.

Aliran Asas Popup

Dari log masuk SMIS ke muat turun M01/R01, keseluruhan proses dalam ~10 minit untuk 30 peserta.

1

Sebelum mula

Buka smis.events dan log masuk

SMIS Helper hanya berfungsi di laman smis.events (tanda 1). Buka laman ini dahulu sebelum gunakan extension.

Klik ikon SMIS Helper di toolbar (tanda 2), popup akan muncul (tanda 3). Tetapi popup belum boleh digunakan sehingga anda log masuk ke smis.events.

Masukkan username dan password di kotak log masuk (tanda 4) untuk akses sistem.

Laman smis.events dengan ikon SMIS Helper, popup, dan kotak log masuk diserlahkan
Siapa pengguna SMIS Helper? Extension ini untuk Pengurus Pasukan, guru bertanggungjawab daftar peserta untuk kejohanan sukan (olahraga, sukan tahunan, bola keranjang, merentas desa, dan lain-lain). Akaun smis.events biasanya diberi oleh pihak penganjur atau urusetia kejohanan.
2

Sediakan data peserta

Jana template atau papar peserta sedia ada

Selepas log masuk, pergi ke halaman DAFTAR Peserta dalam smis.events, kemudian klik ikon SMIS Helper sekali lagi.

Pastikan bar status di atas popup berwarna hijau dan menunjukkan nama kejohanan anda (tanda 1), ini bermakna extension sudah dikesan dan sedia digunakan.

Anda ada dua pilihan:

  • Jana template (tanda 2), extension akan baca tetapan kejohanan anda dan jana fail Excel yang dah disesuaikan untuk event tersebut, lengkap dengan dropdown Acara, Tahun, dan Kaum yang betul.
  • Papar peserta sedia ada, kalau anda sudah daftar peserta sebelum ini, klik butang ini untuk extension ambil senarai peserta dari SMIS dan paparkan terus dengan acara serta maklumat mereka.
Halaman DAFTAR Peserta dengan popup SMIS Helper menunjukkan bar status hijau dan butang Jana template diserlahkan
Bar status tidak hijau? Klik butang ↻ refresh di kanan bar status, atau pastikan tab semasa adalah halaman DAFTAR Peserta dalam smis.events.
3

Sediakan template

Buka template Excel dan isi Kod Sekolah

Buka fail Excel yang anda muat turun tadi. Anda akan nampak nama fail di atas adalah nama kejohanan anda (tanda 1).

Pastikan anda berada di sheet pertama, Maklumat Sekolah (tanda 2). Sheet ini turut menyenaraikan semua acara yang tersedia untuk kejohanan anda (tanda 3), sebagai rujukan semasa anda isi peserta nanti.

Bahagian paling penting ialah Kod Sekolah (tanda 4). Isi kod sekolah anda di sini, selepas anda upload semula template ini ke SMIS Helper, extension akan automatik ambil maklumat sekolah dari SMIS dan isikan semua sekali.

Template Excel SMIS dibuka di Microsoft Excel, nama kejohanan, sheet Maklumat Sekolah, senarai acara, dan kotak Kod Sekolah diserlahkan
Apa yang diisi automatik dari Kod Sekolah? Selepas anda upload Excel ke extension, maklumat berikut akan diambil terus dari SMIS:
  • Nama Sekolah
  • Alamat & Poskod
  • No. Telefon Sekolah
  • Nama Guru Besar / Pengetua
4

Sediakan template

Isi Senarai Peserta

Pergi ke sheet kedua, Senarai Peserta (tanda 1). Di sinilah anda isi semua maklumat peserta.

Lajur dengan tanda * dan diserlahkan kuning adalah Wajib (tanda 2):

  • Nama Penuh, seperti dalam Kad Pengenalan / MyKid
  • No. KP / MyKid, 12 digit, tanpa sengkang
  • Jantina, L (Lelaki) atau P (Perempuan)
  • Acara, pilih dari dropdown

Lajur lain pun digalakkan diisi, terutama No. Peserta / Bib dan Tahun / Tingkatan. Walaupun tidak ditanda wajib, sesetengah kejohanan memerlukan maklumat ini untuk mematuhi peraturan, luangkan sedikit masa di sini supaya proses kemudian lebih lancar.

Sheet Senarai Peserta dengan lajur Wajib (Nama Penuh, No. KP, Jantina, Acara) diserlahkan
Acara, dropdown automatik. Klik sel di lajur Acara untuk pilih dari senarai. Jika beberapa peserta sertai acara yang sama, copy-paste jauh lebih cepat daripada pilih satu-satu.
Power user, guna AI. Jika anda biasa guna AI (ChatGPT, Claude, dsb.), kumpul semua maklumat peserta dalam satu tempat (Word, nota, atau Excel sedia ada), kemudian minta AI tolong susun ke dalam template ini. Pastikan anda semak sendiri hasilnya sebelum upload: AI tidak sentiasa betul untuk No. KP atau ejaan nama.
Sumber data: MOEIS + Google Sheets. Jika sekolah anda menggunakan MOEIS, eksport senarai murid yang mewakili sekolah (kelas, IC, nama, jantina, kaum) terus dari sana, kemudian copy-paste ke template ini. Jauh lebih cepat daripada taip semula, dan kurang silap. Mungkin perlu kebenaran admin sekolah untuk akses. Jika seorang guru tidak cukup masa, upload template ini ke Google Sheets dan beri akses kepada beberapa guru sekaligus, kemudian download semula sebagai .xlsx untuk upload kembali ke extension.
5

Sediakan template

Rujuk sheet Panduan kalau ragu

Jika anda tidak pasti tentang sesuatu format atau cara isi, pergi ke sheet ketiga, Panduan (tanda 1).

Sheet ini menyenaraikan langkah-demi-langkah cara isi template, plus NOTA PENTING tentang format yang sering jadi masalah:

  • Format Tarikh, YYYY-MM-DD (contoh: 2010-05-15)
  • Format No. KP / MyKid, 12 digit penuh, tanpa sengkang
  • Nama Penuh, mesti sama persis dengan Kad Pengenalan / MyKid
  • Acara, pilih dari dropdown; jika peserta sertai banyak acara, tambah baris baru dengan IC sama, atau pisahkan dengan koma (,)

Bonus: sheet ini juga ada rujukan ringkas semua 25 lajur template dan senarai penuh acara yang tersedia untuk kejohanan anda.

Sheet Panduan dalam template Excel, senarai langkah, NOTA PENTING, dan rujukan lajur
6

Rujukan

Contoh template yang sudah diisi

Berikut contoh bagaimana template anda sepatutnya kelihatan selepas selesai diisi:

  • Maklumat Sekolah, Kod Sekolah sudah diisi (tanda 1).
  • Senarai Peserta, semua lajur Wajib (Nama Penuh, No. KP, Jantina, Acara) sudah diisi untuk setiap peserta, dan lajur tambahan seperti Tahun dan Kaum turut dilengkapkan (tanda 2).
Contoh template SMIS yang telah diisi, Kod Sekolah, dan Senarai Peserta dengan 20 peserta
Data dalam contoh ini hanyalah untuk rujukan, tidak semestinya lengkap atau realistik. Yang penting ialah format dan kelengkapan lajur Wajib.
7

Daftar pukal

Upload Excel ke extension dan jalankan Daftar

Buka popup SMIS Helper. Drag fail Excel yang anda telah isi tadi ke kawasan upload, atau klik untuk pilih fail.

Extension akan baca template, sahkan format data (No. KP 12 digit, lajur wajib lengkap), dan paparkan ringkasan peserta yang dikesan.

Pilih Negeri dan PPD dari dropdown, info ini tidak ada dari API sekolah, jadi anda perlu pilih sekali.

Klik Tambah + Kemaskini Peserta. Untuk setiap peserta, extension automatik:

  1. Tambah peserta baru ke SMIS
  2. Isi semua maklumat (alamat, sekolah, dll.)
  3. Tetapkan acara dan kategori
  4. Sahkan dengan SMIS

Status setiap peserta dipaparkan secara langsung dalam log popup.

Demo penuh: dari Excel terisi → 20 peserta berdaftar dalam SMIS, semua automatik (~1:40)
Ada peserta yang gagal? Butang Cuba Semula yang Gagal akan muncul selepas selesai. Klik untuk re-try yang gagal sahaja, peserta yang sudah berjaya tidak akan didaftar semula.
8

Muat naik gambar pukal

Upload gambar peserta dari folder

Selepas semua peserta berdaftar, anda perlu muat naik gambar peserta. Kumpul semua foto dalam satu folder di komputer.

Cara nama fail: nama fail boleh terus pakai nama atau No. KP peserta. Format tidak ketat, contoh:

  • 120104134831.jpg, IC 12-digit (paling tepat)
  • davinwong.jpg, nama tanpa ruang juga dikesan
  • aiman_haziq_zulkarnain.jpg, nama penuh dengan underscore
  • chong.jpg, nama pertama sahaja (jika unik)

Jika ada peserta sama nama, guna nama yang lebih panjang atau guna IC supaya extension dapat bezakan.

Buka popup, klik kawasan upload Muat Naik Gambar. Drag semua foto sekali gus, atau klik untuk pilih daripada Finder/Explorer.

Extension akan padankan setiap foto dengan peserta secara automatik dan paparkan preview. Klik Sahkan dan Upload selepas semak preview.

Skrinsut akan ditambahFolder gambar peserta (campuran nama + IC) dengan preview padanan extension
Saiz foto. SMIS hadkan foto kepada 900 KB. Foto besar (DSLR / kamera berkualiti tinggi) perlu dikecilkan dahulu. Atau guna Sedia Dokumen di Bahagian 4 untuk crop interaktif dan auto-resize.
Foto sudah betul-betul siap? Jika foto sudah dipotong nisbah 4:3 dan saiz <900 KB, popup upload paling cepat. Untuk crop interaktif, palang watermark, dan OCR padan IC dari PDF, beralih ke Sedia Dokumen.
9

Borang pendaftaran

Muat turun M01 / R01 secara pukal

Selepas semua peserta dan dokumen disiapkan, anda perlu muat turun borang M01 (lelaki) atau R01 (perempuan). Borang ini perlu ditandatangan oleh pengetua dan dihantar kembali kepada urusetia kejohanan.

Dalam popup, klik Muat Turun M01/R01. Extension akan iterate setiap peserta dan simpan setiap PDF ke folder Downloads anda.

Untuk 30 peserta, proses ambil ~1-2 minit (bergantung pada kelajuan SMIS). Setiap fail dinamakan dengan IC peserta supaya mudah dicari kemudian.

Skrinsut akan ditambahFolder Downloads dengan 20-30 PDF M01/R01 selepas batch download selesai
Selepas tandatangan pengetua. Kumpul semua borang yang sudah ditandatangan, scan menjadi satu PDF tunggal guna scanner sekolah atau aplikasi telefon. Kemudian buka Sedia Dokumen → tab Pengesahan untuk batch upload kembali ke SMIS dengan palang “Kegunaan Sukan” otomatik.

Sedia Dokumen

Surface penuh untuk pukal upload foto, IC / Sijil Lahir, dan M01/R01 yang disahkan. OCR auto-padan kepada peserta, palang “Kegunaan Sukan” batch print, dan progress disimpan automatik.

1

Pengenalan

Apa itu Sedia Dokumen, dan bila guna

Sedia Dokumen adalah halaman penuh (bukan popup) untuk dokumen pukal. Buka dengan klik butang Sedia Dokumen di popup, tab baru akan dibuka.

Berbeza dari muat naik gambar di popup (Bahagian 3.8), Sedia Dokumen menambahkan:

  • OCR engine, baca teks dalam imej / PDF, auto-padan kepada peserta tanpa perlu nama fail tepat
  • Crop interaktif, potong gambar 4:3 dengan drag corners
  • Palang batch, lukis watermark “Kegunaan Sukan” pada setiap halaman PDF dalam beberapa saat
  • Auto-save, tutup tab, buka semula, sambung daripada tempat anda berhenti

Guna Sedia Dokumen apabila anda ada banyak peserta (10+), atau dokumen scan masih dalam PDF tunggal yang besar (semua IC dalam satu fail).

Skrinsut akan ditambahHalaman utama Sedia Dokumen dengan 3 tab: Gambar, Pengenalan Diri, Pengesahan
2

Gambar peserta

Tab Gambar, drop, padan, crop, upload

Buka tab Gambar. Drag fail foto atau klik untuk pilih dari folder.

Extension auto-padan setiap foto kepada peserta berdasarkan nama fail (sama seperti popup di Bahagian 3.8).

Untuk setiap foto, anda boleh:

  • Crop, drag corners untuk potong nisbah 4:3 (saiz piawai SMIS)
  • Adjust posisi, drag foto dalam kotak crop untuk pilih bahagian yang dipaparkan
  • Drag ke peserta lain, jika padanan automatik salah

Klik Upload Gambar setelah semua siap. Progress bar paparkan status setiap foto.

Video / skrinsut akan ditambahDemo: drop foto, auto-padan, crop interaktif, upload ke SMIS
3

IC / Sijil Lahir

Tab Pengenalan Diri, OCR auto-padan dari PDF

Buka tab Pengenalan Diri. Tab ini untuk salinan IC, MyKid, atau Sijil Lahir.

Cara cepat: gunakan scanner sekolah atau aplikasi telefon (Adobe Scan, Notes, dsb.) untuk scan semua IC dalam satu PDF. Drag PDF tersebut ke kawasan upload.

Extension akan jalankan OCR (Tesseract.js) pada setiap halaman:

  1. Cari nombor IC 12-digit dalam imej
  2. Padankan kepada peserta dalam senarai
  3. Jika gagal IC, fallback kepada nama (case-insensitive)

OCR ambil masa ~5-10 saat per halaman pada kali pertama (engine perlu load). Selepas semua halaman selesai, panel review paparkan semua padanan.

Jika scan kabur dan OCR tidak dapat baca, drag fail manual ke peserta yang betul.

Klik Upload Pengenalan Diri apabila semua disahkan.

Video akan ditambahDemo: drop PDF multi-halaman, OCR progress, review panel, manual fix, upload
Quality scan = OCR yang lebih baik. Pastikan scan jelas (tidak terlalu cerah / gelap), dan IC kelihatan penuh dalam frame. Aplikasi telefon biasanya beri auto-tone yang lebih baik daripada scanner kantor.
4

M01/R01 yang disahkan

Tab Pengesahan, palang batch + upload

Buka tab Pengesahan. Tab ini untuk M01/R01 yang sudah ditandatangan oleh pengetua.

Workflow sama dengan tab Pengenalan Diri (drop PDF / imej, OCR auto-padan), dengan satu tambahan:

Palang “Kegunaan Sukan”, pilih checkbox di bawah review panel. Extension akan lukis watermark merah pada setiap halaman PDF, automatik. Anda tidak perlu tulis tangan satu-satu.

Preview palang dipaparkan dalam thumbnail setiap fail sebelum upload. Edit teks palang jika perlu (default: “KEGUNAAN SUKAN SAHAJA”).

Klik Upload Pengesahan untuk batch upload ke SMIS.

Skrinsut + video akan ditambahTab Pengesahan dengan checkbox palang, preview watermark, batch upload progress
Cara cepat dari M01/R01 download (Bahagian 3.9). Selepas pengetua tandatangan, scan semua dalam satu PDF dengan scanner sekolah, kemudian terus drop ke tab ini. OCR akan padan setiap halaman kepada peserta, dan palang batch print serentak.
5

Sambung sesi

Auto-save dan sambung sesi yang ditutup

Sedia Dokumen menyimpan semua progress secara automatik dalam pelayar (IndexedDB). Tab boleh ditutup tanpa kehilangan apa-apa.

Untuk sambung:

  1. Buka popup, klik Sedia Dokumen
  2. Halaman utama paparkan sesi yang ada (dengan stats: jumlah peserta, fail dimuat naik, dll.)
  3. Klik Sambung untuk teruskan
  4. Atau klik + Mulakan Sesi Baru untuk reset

Sesi dikaitkan dengan kejohanan SMIS, jika anda tukar event, halaman utama akan paparkan sesi yang berbeza.

Skrinsut akan ditambahHalaman utama Sedia Dokumen dengan senarai sesi + stats
Hadkan satu tab pada satu masa. Sedia Dokumen tidak boleh dibuka dalam dua tab serentak (untuk kejohanan yang sama), extension auto-tutup tab kedua untuk elak data terlanggar.
6

Selesai

Apa selepas Sedia Dokumen siap

Selepas semua tab (Gambar, Pengenalan Diri, Pengesahan) telah upload, peserta anda sepatutnya:

  • Berdaftar di SMIS dengan acara yang ditetapkan
  • Maklumat lengkap (alamat, sekolah, dll.)
  • Foto pas 4:3 dimuat naik
  • Salinan IC / MyKid dimuat naik
  • M01/R01 yang disahkan dimuat naik dengan palang

Buka semula laman SMIS dalam tab lain untuk semak setiap peserta. Setiap satu sepatutnya kelihatan lengkap dengan ikon kamera, ID, dan dokumen.

Jika ada peserta yang gagal dimuat naik, kembali ke tab yang berkenaan dan re-try (tidak perlu mula semula).

Bahagian 4 selesai. Workflow asas extension lengkap. Lihat Bahagian 3 untuk popup flow, atau hubungi kami melalui Telegram jika ada soalan.
Akan datang

Lebih banyak panduan sedang disediakan

Bahagian terakhir yang sedang ditulis:

  • Bahagian 5, Soalan Lazim & Sokongan: versi percuma vs Pro, harga, soalan biasa, dan cara hubungi kami.

Sementara itu, kalau ada soalan, hubungi kami terus melalui Telegram @cikgudavin atau emel [email protected].